Isnin, 6 September 2010

KENAPA AKU MENJADI KESUKAAN LELAKI???


Airin seorang gadis yang lemah lembut dan sopan santun.itulah yang selalu diperkatakn oleh setipa orang terhadap dirinya.apabila dia bertanya kepada kawan –kawannya tentang apa kelebihan yang ada dalam dirinya.semua kawan – kawannya menberi pandangan yang serupa iaitu kau adalah seorang gadis yang lemah lembut, sopan santun, baik, rajin dan tidak suka marah dekat orang. Apabila dia sendiri menilai dirinya sendiri, dia menyatakan dia bukan seperti begitu kerana dia seorang perempuan yang ceoat marah dan ada perasaan benci kepada orang jika ada orang yang dia tidak suka.tetpi mereka semua tidak mempercayainya kerana pada pandangan kawan – kawan Airin, dia bukan orang yang seperti itu.apabila orang melihat personalitinya orang akan berkata dialah calon yang terbaik untuk menjadi pihan semua lelaki.kenapa mereka semua berkata begitu?apa yang telah Airin buat sehingga mereka berkata sebegitu rupa? Sampai hari ini Airin masih bertanya kepada dirinya. Mungkin semua orang belum betul – betul kenal siapa dirinya yang sebenar. Mereka hanya melihatnya pada pandangan kasar sahaja.

Airin adalah seorang yang lasak kerana dia suka melakukan aktiviti separti memanjat bukit dan masuk hutan baginya dengan adanya aktiviti sebegitu dia dapat mengenal dan mencintai tentang keindahan dan keistimewaan yang terdapat di dalam hutan ini.apabila dia melakukan aktiviti sebegitu, dia akan berasa tenang dan aman sahaja. Airin akan berasa gembira kerana pada masa itu dia dapat tenangkan fikiran dari pelbagai masalah yang melanda dirinya itu. Dia tahu setiap masalah tidak akan selesai jika kita melarikan diri.kita harus berani untuk mencari jalan penyelesaiannya kerana setipa masalah ada jalan penyelesaianya yang tersendiri. Kita tidak harus takut dan lari dari masalah. Jika kita lari masalah tersebut tidak dapat selesai seperti yang kita inginkan, mungkin pada masa itu masalah akan bertambah lagi dan membuat kita bertambah beban dengannya.

Airin seorang yang suka melakukan apa saja perkara dengan keputusannya sendiri dia tidak akan meminta pandangan dari ibu bapanya terlebih dahulu keran sudah menjadi kebiasaannya apa yang dilakukannya akn disokong oleh mereka. Airin seorang yang suka berdikari, dia tidak akan meminta pertolongan dari orang lain selagi dia boleh melakukannya. Dia tidak akan sanggup menyusahkan orang lain kerana untuk dirinya. Dia akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.

Airin seorang gadis yang disukai ramai. Dia pun hairan kenapa semua orang suka kepadanya. Adakah kerana sikapnya yang suka melayan semua orang menyebabkan dia menjadi kegilaan mereka semua? Ramai lelaki suka mendampinginya. kenapa ya? Dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Mereka semua suka sebabkan layanannya atau sebab kemanjaannya? Mereka tahu dia ramai kawan lelaki tapi mereka tidak kisah akan semua itu. Bagi mereka, mereka seronok bersama dengan Airin. Apa yang diingini oleh semua lelaki yang mendampinginya itu? Apa keistimewaan yang dia ada sehingga mereka semua suka kepadanya? Mungkin mereka semua belum kenal dan dapat menilai dirinya sepenuhnya sebbab itu mereka suka kepadanya. Apabilaa mereka sudah kenal siapa Airin yang sebenarnya mungkin mereka tidak akan mendampingi dirinya lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan